- Malam 1: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan daripada Allah.
- Malam 2: Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibu bapanya (sekiranya mereka orang yang beriman).
- Malam 3: Berseru malaikat di bawah arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.
- Malam 4: Memperoleh pahala ia sebagaimana pahala orang- orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.
- Malam 5: Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidil Haram, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.
- Malam 6: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat- malaikat yang tawaf di Baitul Makmur (70,000 malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih pada malam ini.
- Malam 7: Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi A.S. menentang musuh ketatnya Firaun dan Hamam.
- Malam 8: Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim A.S.
- Malam 9: Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.
- Malam 10: Allah S.W.T. mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.
- Malam 11: Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baru dilahirkan.
- Malam 12: Datang ia pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).
- Malam 13: Datang ia pada hari kiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.
- Malam 14: Datang malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari kiamat.
- Malam 15: Semua malaikat yang menanggung arasy, kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
- Malam 16: Allah S.W.T. tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
- Malam 17: Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak-banyak pahala Nabi-nabi.
- Malam 18: Seru malaikat: Hai hamba Allah! Sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibu bapa engkau (yang masih hidup atau mati).
- Malam 19: Allah S.W.T. tinggikan darjatnya di dalam syurga Firdaus.
- Malam 20: Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.
- Malam 21: Allah binakan sebuah istana di dalam syurga daripada Nur.
- Malam 22: Datang ia pada hari kiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tiada dalam keadaan huru-hara di padang Mahsyar)
- Malam 23: Allah S.W.T. binakan kepadanya sebuah bandar di dalam syurga daripada Nur.
- Malam 24: Allah buka peluang dua puluh empat doa yang mustajab bagi orang yang berterawih pada malam ini (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).
- Malam 25: Allah Ta’ala angkatkan daripadanya siksa kubur.
- Malam 26: Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama empat puluh tahun ibadat.
- Malam 27: Allah kurniakan kepada orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Siratal Mustaqim seperti kilat menyambar.
- Malam 28: Allah S.W.T. kurniakan kepadanya seribu darjat di akhirat.
- Malam 29: Allah S.W.T. kurniakan kepadanya pahala seribu kali haji yang mabrur.
- Malam 30: Allah S.W.T. beri penghormatan pada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman yang bermaksud: Hai hambaKu! Makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingin makan di dalam syurga dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama Al-Kauthar.
Showing posts with label Sudut Agama. Show all posts
Showing posts with label Sudut Agama. Show all posts
Fadhilat Sembahyang Terawih
Kelebihan Sembahyang Sunat Terawih Diriwayatkan oleh Saidina Ali daripada Rasulullah S.A.W. sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. mengenai fadhilat (kelebihan) sembahyang sunat Terawih pada bulan Ramadhan.
Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan
Kami Pertubuhan Silat Seni Gayong Uniten ingin mengucapkan selamat menyabut Bulan Ramadhan dan selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam di seluruh dunia..
HADITH-HADITH TENTANG PUASA
عن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال إذا جاء رمضان فتحت أبواب الجنة وغلقت أبواب النار وصفدت الشياطين
Hadis Abu Hurairah r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila tiba bulan Ramadan, dibuka pintu-pintu Syurga dan ditutup pintu-pintu Neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 1793
عن سهل بن سعد رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال لا يزال الناس بخير ما عجلوا الفطر
Hadis Sahl bin Saad r.a: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Seseorang itu sentiasa berada di dalam kebaikan selagi mereka selalu menyegerakan berbuka puasa
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 1838
Hadis Sahl bin Saad r.a: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Seseorang itu sentiasa berada di dalam kebaikan selagi mereka selalu menyegerakan berbuka puasa
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 1838
عن أبي هريرة رضي الله عنه قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم من نسي وهو صائم فأكل أو شرب فليتم صومه فإنما أطعمه الله وسقاه
Hadis Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang terlupa sedangkan dia berpuasa, lalu dia makan atau minum, hendaklah dia terus menyempurnakan puasanya kerana dia telah diberi makan dan minum oleh Allah
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 1952
Hadis Ibnu Abbas r.a: Seorang wanita telah datang menemui Rasulullah s.a.w dan berkata: Ibuku telah meninggal dunia dan masih mempunyai puasa ganti selama sebulan. Baginda bertanya kepada wanita itu dengan sabdanya: Bagaimana pendapatmu jika ibumu itu masih mempunyai hutang, adakah kamu akan membayarnya? Wanita itu menjawab: Ya. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Hutang kepada Allah itu lebih berhak untuk dibayar
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 1936
عن ابن عباس رضي الله عنهما قال ما صام رسول الله صلى الله عليه وسلم شهرا كاملا قط غير رمضان وكان يصوم إذا صام حتى يقول القائل لا والله لا يفطر ويفطر إذا أفطر حتى يقول القائل لا والله لا يصوم
Hadis Ibnu Abbas r.a katanya: Rasulullah s.a.w tidak pernah berpuasa satu bulan penuh kecuali pada bulan Ramadan. Baginda akan berpuasa jika ingin berpuasa, sehingga seseorang pernah berkata: Demi Allah, baginda tidak berbuka. Baginda juga pernah tidak berpuasa begitu lama sehingga seseorang pernah berkata: Demi Allah, baginda seperti tidak pernah berpuasa iaitu hanya berpuasa sekali sekala sahaja
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 1959
Hadis Ibnu Abbas r.a katanya: Rasulullah s.a.w tidak pernah berpuasa satu bulan penuh kecuali pada bulan Ramadan. Baginda akan berpuasa jika ingin berpuasa, sehingga seseorang pernah berkata: Demi Allah, baginda tidak berbuka. Baginda juga pernah tidak berpuasa begitu lama sehingga seseorang pernah berkata: Demi Allah, baginda seperti tidak pernah berpuasa iaitu hanya berpuasa sekali sekala sahaja
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 1959
*credit to yusofembong.blogspot.com
Subscribe to:
Posts (Atom)