Showing posts with label Sejarah Gayong. Show all posts
Showing posts with label Sejarah Gayong. Show all posts

Silat Gayong, Seni Bela Diri dan Perisai Orang Melayu


Seni silat adalah sejenis ilmu bela diri yang diakui umum sebagai hak asli kepunyaan bangsa Melayu sebagai perisai diri. Berdasarkan bukti penemuan tinggalan sejarah yang terdapat di Candi Borobodur dan Candi Prambanan di Jawa, dapatlah disimpulkan bahawa sudah wujud seni mempertahankan diri ini di kawasan kepulauan Melayu pada abad ke-8 Masihi. Bermula dari kepulauan Riau, sistem bela diri ini dikatakan merebak ke Minangkabau, Sumatera. Di Sumatera, seni pertempuran ini diperhalusi lagi dan dikenali sebagai Pencak Silat. Ilmu silat ini pernah digunakan oleh kerajaan Srivijaya (abad ke-7 hingga abad ke-14) untuk memperluaskan empayarnya. Pada zaman kekuasaan Majapahit (abad ke-13 hingga abad ke-16), ilmu silat dikatakan telah mencapai kemuncak kesempurnaannya apabila penggunaan senjata disertakan.

Dari Minangkabau, silat diperkenalkan di Semenanjung Tanah Melayu melalui Melaka. Dalam zaman Kesultanan Melayu Melaka, hanya golongan yang rapat dengan istana sahaja diberikan peluang untuk mempelajari silat. Seni silat ini akhirnya sampai ke pengetahuan rakyat jelata dan seterusnya menjadi suatu kesenian desa. Laksamana Hang Tuah (Bapa Persilatan Melayu) dikatakan mempelajari seni silat daripada Sang Adi Putera di Gunung Ledang dan Sang Persanta Nala di Pulau Jawa (Majapahit).

Untuk menyempurnakan ilmu silat pengamal mestilah menghayati falsafah yang terkandung di dalam ilmu tersebut. Pada zaman dulu hampir kesemua orang mengamalkan silat. Tetapi cuma beberapa yang layak digelar pendekar. Hanya mereka yang mempunyai keutuhan akhlak dan berhemah tinggi mampu mencapai tahap ini.

Pada zaman ini wujud beratus-ratus perguruan silat. Setiap perguruan mempunyai gaya dan caranya yang tersendiri. Tetapi umumnya asas silat ini boleh dibahagikan kepada dua iaitu 'bunga' dan 'buah'. Seni bunga adalah gerak tari yang lembut dan gemalai sebagai gerak untuk mengelirukan lawan. Manakala buah pula adalah gerak langkah yang keras, padu dan padat untuk menumpaskan lawan. Tetapi ada perguruan yang tidak menghiraukan seni bunga dan hanya mengajar buah, contohnya seperti Silat Cekak. Anak muridnya dikehendaki berdiri tegak menghadapi lawan, pukul balas digunakan hanya ketika diserang dan itupun apabila pukulan sudah berada seinci dua dari badan.

Seni Silat Gayong dibawa ke Tanah Melayu (Malaysia) oleh seorang putera Bugis dari Kepulauan Sulawesi bernama Daeng Kuning atau digelar Panglima Hitam. Beliau bersama-sama dengan enam saudaranya bermastautin di Tanah Melayu di mana segala ilmu persilatan diturunkan kepada keturunannya. Pada masa ini pecahan ilmu tersebut boleh dilihat dengan wujudnya pelbagai perguruan gayong di Malaysia seperti Gayong Patani dan Gayong Pesaka. Tapi yang paling utama ialah Persatuan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM) yang diasaskan oleh Dato' Meor Rahman, cucu kepada Daeng Kuning yang digelar 'Mahaguru' oleh penuntut silat gayong. Antara mereka yang pernah mengamalkan silat gayong ialah allahyarham Mat Kilau, Dato' Bahaman dan Dato' Maharaja Lela.

*sumber: Silatgayong.org


Dato' Onn Jaafar Dan Gayong



Dato' Onn bin Jaafar

Dalam tahun 1959, Meor Abdul Rahman bertemu dengan Allahyarham Dato’ Onn Jaafar di Alexandra,Singapura. Sebelum daripada itu, Meor Abdul Rahman telah mendapat isyarat daripada bapanya, Daing Uda Mohd.Hashim menyuruh Meor Abdul Rahman mencari seorang murid yang tua, yang keningnya telah putih. Menurut Daing Uda Mohd.Hashim yang sedang "keturun tok nenek"(diresapi semangat ghaib pahlawan dahulu kala/didatangi rohaniah nenek moyang) ketika itu, orang itulah yang boleh merebakkan Gayong. Orang tersebut tinggal di seberang Tambak Johor. Sejak dari itu, Meor Abdul Rahman mula mencari orang yang dimaksudkan. Pada masa yang sama Dato' Onn juga mendapat firasat untuk mencari Meor Abdul Rahman. Dalam pertemuan tersebut, Dato' Onn telah berkata,

"Jika betul awak keturunan Raja Bugis, cuba tukarkan bunga melur ini kepada benda lain..."


Meor Abdul Rahman pun membaca sepotong doa lalu dihembuskan kepada bunga melur tersebut. Dengan takdir Allah, bunga tersebut telah bertukar menjadi batu akik. Dato’ Onn pun melamar untuk menjadi murid Gayong dan lamarannya telah diterima oleh Meor Abdul Rahman. Atas nasihat dan usaha Dato’ Onn, Silat Seni Gayong pun didaftarkan di Johor Bahru dan dikenali sebagai Pertubuhan Silat Seni Gayong (No. Pendaftaran 361/tahun 1962, Johor Bahru). Dato’ Onn dilantik sebagai Penasihat dan beliau sendiri menjadi Pengerusi. Dengan terdaftarnya Silat Seni Gayong, maka aktivitinya dapat dijalankan dengan lebih bersistematik dan efektif. Dari Singapura, Silat Seni Gayong telah bertapak di Johor. Di Johor Bahru, terletak pejabat Gayong iaitu di Jalan Yahya Awal, iaitu di rumah Cikgu Ibrahim. Ahli jawatan kuasa pusat ketika itu terdiri daripada Cikgu Ibrahim, Hajjah Asmah, Cikgu Kadir(ayahanda Cikgu Abd.Rahman) dan beberapa orang ahli jawatankuasa yang lain. Gelanggang latihan silat yang terawal di Johor ialah di Jalan Puteri, iaitu di kediaman Dato' Onn Jaafar. Antara murid-murid Gayong Johor yang awal ialah anak-anak Dato' Onn sendiri iaitu antaranya, Fuzi(berkahwin dengan Jeneral Ghazali Mohd.Seth) dan Tun Hussein Onn sendiri(Perdana Menteri Malaysia yang Ketiga).


Dato' Meor Rahman bersama Dato' Onn bin Jaafar

Dalam tahun 1961, Meor Abdul Rahman bersara dari jawatan sebagai mata-mata gelap dan terus menceburkan dirinya dalam perniagaan. Segala aktiviti Gayong beliau jalankan di tempat kediamannya di Lorong Fatimah, Woodlands, Singapura. Pada sekitar tahun 1960, Mahaguru Meor Abdul Rahman telah bertemu dengan Pendita Za'ba di Singapura. Pendita Za'ba adalah berketurunan Bugis. Beliau telah diminta oleh Mahaguru Meor Abdul Rahman untuk melukis lambang Gayong iaitu yang terdiri daripada gambar seekor naga, sempena peristiwa kelahiran beliau yang berkembarkan seekor ular yang telah bertukar menjadi naga. Dengan bantuan Cikgu Nor Aidil, sijil Gayong yang berasaskan lambang naga satu ini kemudian direka bentuk.

Sumber : silatgayong.org

Maksud GAYONG


Ga - Genggam (Grip)

Berpegang kepada janji setia dan ikrar yang telah dilafazkan. Juga bermaksud menjaga segala rahsia dan amanat yang diberikan.
Alif - Angkat (Lift)

Meletakkan dan menjadikan Al-Quran dan Al-Sunnah sebagai panduan dan tempat rujukan.

Ya - Yakin (Confident)

Yakin kepada kebolehan diri sendiri

Wau - Waras (Wise)

Membuat pertimbangan yang sewajarnya sebelum bertindak.

Nga - Ngeri (Vicious)

Bersungguh-sungguh dalam segala perbuatan. Dalam konteks latihan dan persembahan, kesungguhan ini digambarkan dalam kengerian orang lain yang menyaksikannya.

Maksud Logo

Silat Seni Gayong mempunyai berapa corak lambang yang dipamer pada kepala surat, dokumen rasmi, lencana dan sijil.



Naga

Melambangkan kekuatan di air. Logo naga sebagaimana dipercayai telah dihadiah oleh Maharaja China kepada Allahyarham Dato’ Laksamana Hang Tuah atas keberanian dan kehandalan beliau semasa melawat negeri China dulu. Di sebalik maksud di atas, naga juga melambangkan Allahyarham Dato' Paduka Mahaguru sendiri, Dato' Meor Abdul Rahman bin Daeng Uda Mohd Hashim. Kedudukan naga yang melingkungi dunia di mana kepalanya hampir bercantum dengan ekor melambangkan ilmu Silat Seni Gayong akan terkenal ke seluruh dunia.


Harimau

Melambangkan keberanian dan kepahlawanan di darat. Satu penonjolan identiti atau corak salah satu pelajaran Silat Seni Gayong yang diasas daripada sifat dan ketangkasan seekor harimau. Resam harimau menyembunyikan kukunya, dikala tertentu sahaja ia akan menzahirkan ketajaman dan kekuatan cengkaman kukunya yang boleh mematah dan membunuh mangsanya dalam beberapa saat sahaja.



Keris bersilang

Simbolik kepada semangat Laksamana Terbilang Melayu Dato’ Hang Tuah dan Dato’ Hang Jebat, 2 orang pahlawan Melayu yang masyhur lagi gagah berani. Keris yang merupakan salah satu pelajaran yang diajar kepada murid Gayong adalah satu lambang senjata asli bangsa Melayu. Ini membuktikan Silat Seni Gayong adalah seni warisan bangsa yang asli dan tulen.



Pedang bermata dua

Melambangkan pedang Zulfaqar kepunyaan Saidina Ali r.a. yang terukir kalimah suci daripada al-Qur’an bermaksud ‘Kemenangan daripada Allah dan kejayaan yang hampir’ disepanjang mata pedang tersebut. Pedang ini dizahirkan bertujuan mengenang kembali perjuangan para sahabat menegakkan Islam di zaman Jahiliyyah.


Bumi


Menunjukkan bahawa Silat Seni Gayong akan dikembang ke seluruh dunia khasnya untuk semua muslim.


Bulan dan Bintang

Melambangkan agama Islam dan syiarnya berada di puncak dunia, Silat Seni Gayong meletakkan agama di tempat yang paling tinggi sebagai penyuluh hidup.



Selempang Hitam Chula VII

Melambangkan Bengkong Hitam Harimau Pelangi Chula Sakti Gangga Negara, bengkong peribadi Allahyarham Dato’ Meor Abdul Rahman bin Daeng Uda Mohd Hashim, Mahaguru Silat Seni Gayong. Bengkong Pelangi Hitam juga bermaksud Silat Seni Gayong bersendikan adat, adatlah yang mengawasi perjalanan Silat Seni Gayong. Tanpa adat, Silat Seni Gayong akan hilang kedaulatan. Oleh itu, menjadi kewajipan semua murid Gayong untuk mempertahankan adat agar halatuju dan matlamat Silat Seni Gayong tidak diseleweng.


Kendi / Bejana air


Simbolik kepada universataliti ilmu Silat Seni Gayong. Apa yang didapati atau dilihat pada senibela diri lain sama ada tempatan atau luar negeri telah wujud dalam Silat Seni Gayong. Silat Seni Gayong ialah ilmu persilatan asli yang tidak diciplak dan boleh ditimba sentiasa umpama air yang tidak akan putus. Bejana air juga melambangkan kesatuan hati dan amal. Bak kata pepatah Melayu, ‘Bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana sepakat’. Murid Gayong mestilah berpadu kerana menegakkan yang hak.

Latar Belakang Ringkas Silat Seni Gayong Malaysia

Asal usul Silat Seni Gayong sebagaimana yang disampaikan oleh pengasasnya, Allahyarham Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman adalah daripada 'Silat Seni Sendi Harimau'. Ini adalah antara sebab terdapatnya gaya dan karektor seekor harimau dalam gerakan-gerakan silatnya.



Bahkan ianya juga amat terserlah dalam logo pertubuhan dan kebanyakan pergerakan fizikal seperti Lompat Anak Harimau. Genggaman tangan selalunya akan dibentuk mengikut gaya genggaman kaki seekor harimau dan dalam melakukan gerakan-gerakan teknik buah yang tertentu, pesilat akan mengeluarkan suara mengaum seperti seekor harimau.




Secara dasarnya, untuk menguasai ilmu Silat Seni Gayong, para pesilat harus mempelajari dan mahir dalam sekurang-kurangnya empat (4) daripada tujuh (7) peringkat ilmu persilatan


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...