Apa Itu mandi minyak??

Mandi minyak ini bukanlah suatu amalan kebatinan untuk menjadi kebal sepertimana yang sering digembar-gemburkan oleh pelbagai pihak sehingga silat sering disalahtafsirkan. Mandi minyak merupakan satu amalan tradisi masyarakat Melayu yang bertujuan untuk pengubatan dan menyihatkan badan. ketika upacara ini dijalankan ahli-ahli gayong hanyalah menyepuh minyak panas di dalam kawah dan kemudiannya diurut ke seluruh badan. Amalan mandi minyak dikatakan mampu memberikan suatu daya tahan kepada bisa dan kepanasan.

Upacara mandi minyak dimulai dengan adat buka gelanggang terlebih dahulu. Mandi minyak adalah dikawal oleh guru-guru tua bermula daripada kelapa dibelah yang mana kesemua kerja-kerja membelah, mengopek dan memasak minyak kelapa dilakukan sepenuhnya oleh mereka. Mereka hendaklah berkeadaan suci dari hadas besar atau kecil serta telah bersembahyang sunat sebelum menjalankan kerja-kerja tersebut.

Semasa kerja-kerja memasak tersebut dijalankan, gurulatih-gurulatih dan ahli-ahli gayong yang terlibat akan berterusan membaca surah Al-Ikhlas sehinggalah upacara selesai. Ini adalah bertujuan untuk memohon kepada Allah semoga pesilat dapat diasuh dan dibaja dengan didikan Al-Quran seterusnya melahirkan pesilat Gayong yang berpegang teguh pada Al-Quran dan Islam.

6 comments:

Anonymous said...

Maaf ini adalah Bi'daah.

MIZA londang said...

Cuba anda perhatikan jika pernyataan itu benar bukan kebatinan tetapi
Mereka kesemuanya ahli gayong sering panas baran,garang,& berani.

MIZA londang said...

Ini benar belaka,
Kalau dekat kan diri dengan adat
Mengapa pula keseluruhan ahli bersifat garang,panas baran,berani & hilang akal.

MIZA londang said...

Mereka ni tak menyiasat sepenuhnya

Mirrr said...

Bangsa lain..agama lain..jngn samakan agama dn bangsa..bangsa ada adat istiadat dia sendiri..selagi mana tak mempertuhankan benda lain xjatuh syirik

Anonymous said...

kenapa perlu cakap keseluruhan panas baran nie mmg ada pada setiap lelaki jgn kata pesilat yang bukan ahli gayong pun ada kaki pukul. kalau tak marah dengan apa yang orang buat tue dikatakan tidak panas baran. saya rasa ada silap, jika hati tue tak tercuit langsung bila tgk keluarga dipijak dan diganggu baik jgn jadi orang laaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...