Peringkat Ilmu Persilatan

1. Tapak Gayong

Asas Silat Seni Gayong - pesilat akan mempelajari teknik-teknik mempertahankan diri dan menyerang menggunakan kesemua bahagian badan terutamanya tangan, kaki, siku dan lutut. Tiada penggunaan senjata yang diajar pada peringkat ini. Pesilat hanya belajar untuk menggunakan tangan kosong sebagai senjata.


2. Seni Tapak Gayong

Ini merupakan satu bentuk peningkatan dari asas tersebut. Pesilat akan mempelajari dengan lebih mendalam lagi tentang kaedah tempur tangan kosong dalam Silat Seni Gayong.


3. Seni Keris

Mempelajari bagaimana mempraktikkan teknik-teknik mempertahankan diri atau menyerang menggunakan senjata-senjata warisan Melayu dan lain-lain senjata saiz kecil seperti Keris, Kerambit, pisau & Tekpi.


4. Seni Simbat

Pada tahap ini, pesilat mempelajari bagaimana mempraktikkan teknik-teknik mempertahankan diri atau menyerang menggunakan senjata-senjata panjang antaranya termasuklah lembing, belantan dan parang.


5. Seni Yoi

Teknik-teknik aerobik yang digunakan untuk menewaskan lawan yang lebih kuat atau lebih besar. Pesilat akan menggunakan kaedah-kaedah perangkap bijak untuk menjatuhkan dan mematahkan serangan lawan.


6. Seni Cindai

Kaedah ini menggunakan kain biasa seperti kain sarung/pelikat, talipinggang dan tudung sebagai senjata untuk mengalahkan lawan.


7. Seni Belian

Tahap amalan kebatinan Silat Seni Gayong. Hanya pesilat beragama Islam yang telah mencapai tahap tertinggi disiplin & dedikasi dalam Silat Seni Gayong ini sahaja yang berpeluang mempelajari kaedah ini - biasanya para Gurulatih-gurulatih peringkat tinggi dan bakal peneraju pertubuhan Silat Seni Gayong.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...