Dato' Meor Abdul Rahman vs Bruce Lee

Bruce Lee Pernah Tewas Dengan Mahaguru Silat Gayong ?

Jika selama ini ramai yg mengatakan bahawa kematian Bruce Lee kerana pertempuran dgn aktor Dicky Zulkarnain..mungkin ini adalah perkara sebenar yg berlaku kepada Bruce Lee.

Dato' Meor Abdul Rahman


Bruce Lee

Bruce Lee merupakan lagenda dalam dunia seni beladiri. Kalau tak kerana jasa2 Bruce Lee, orang putih tak reti nak berkungfu. Boleh dikatakan, Bruce Lee adalah orang yang memperkenalkan kung fu di Hollywood.Pada zaman kegemilangannya, Bruce Lee masih muda. Umur awal 30 tahun.

Beliau belajar daripada semua orang dan sanggup mengajar kepada semua orang. Ini adalah revolusi pada masa itu kerana kesemua mahaguru kungfu hanya mengajar ilmu kungfu kepada orang Cina sahaja, tidak kepada bangsa asing terutama orang2 putih.Bruce Lee ni mencipta sistem tempur bernama Jeet Kun Do, yang mana adalah falsafah beladiri yang bebas menggunakan apa sahaja teknik. Just take whatever useful & good to you. Kira macam kungfu rojak leer. janji boleh menang.

Dalam keghairahan inilah, Bruce Lee mencabar mana2 sahaja mahaguru yang hebat2 pada masa itu untuk test power. BrIuce Lee memang hebat... beg pasir boleh pecah sekali sepak sahaja. Bruce Lee suka cabar orang lain yang hebat2.Antaranya ialah Mahaguru Silat gayong malaysia, Dato Meor Abd. Rahman.

Pada tahun 1973, Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman telah keluar negara untuk melawat saudaranya yang menetap di England. Pemergian beliau ditemani oleh Dato' Syed Ahmad Jamalullail, seorang saudaranya. Dalam perjalanan pulang ke tanahair, pesawat yang mereka naiki telah singgah sebentar di lapangan terbang di Hong Kong. Ketika menunggu penerbangan berikutnya, beliau telah disapa oleh Bruce Lee, pakar Kung Fu dan seni beladiri Jeet Kune Do. Bruce Lee telah mendapat tahu bahawa Mahaguru Silat Seni Gayong, Meor Abdul Rahman telah berada di Hong Kong.

Setelah memperkenalkan dirinya sebagai Bruce Lee, si Raja Kung Fu, Bruce Lee telah mencabar Dato' Meor Abdul Rahman agar bertarung dengannya. Beliau ingin melihat sejauh mana hebatnya seni mempertahankan diri milik orang Melayu yang dinamakan silat itu. Bruce Lee dengan angkuhnya berkata jika Meor Abdul Rahman menang dalam pertarungan itu, silat Meor Abdul Rahman adalah yang terbaik, TETAPI jika Bruce Lee pula yang memenangi perlawanan itu, Seni Jeet Kune Do ciptaannya adalah yang terbaik di dunia. Kehebatan Dato' Meor Abdul Rahman rupa-rupanya telah sampai ke pengetahuan Bruce Lee.

Sebelum daripada itu, pada tahun 1972, serombongan pakar-pakar Kung Fu Hong Kong telah datang ke Malaysia untuk mencari tokoh-tokoh seni beladiri yang dapat bertarung dengan Bruce Lee. Rombongan pakar Kung Fu ini telah berjumpa dengan Dato' Meor Abdul Rahman di Taiping. Dalam pertemuan tersebut, mereka telah mencabar Dato' Meor Abdul Rahman untuk menunjukkan kebolehan beliau. Dato' Meor Abdul Rahman telah menangkap serta mengunci kesemua enam orang ahli-ahli Kung Fu tersebut. Kemudian, Dato' Meor telah menyuruh ahli-ahli Kung Fu tersebut bertemu dengan murid kanannya pula iaitu Cikgu Ahmad bin Lazim.


Memandangkan Bruce Lee masih muda dan mentah, Dato' Meor Abdul Rahman telah menasihati Bruce Lee agar melupakan sahaja niatnya hendak mencuba beliau. Namun, Bruce Lee tetap berdegil juga. Oleh kerana Bruce Lee terus mendesak, maka Dato' Meor Abdul Rahman akhirnya menyahut juga cabaran daripada Bruce Lee tersebut. Untuk mengelakkan keadaan daripada menjadi gempar, Bruce Lee dan Dato' Meor Abdul Rahman dengan ditemani oleh beberapa orang menuju masuk ke dalam bilik tetamu di lapangan terbang tersebut.

Sebaik sahaja melihat Dato' Meor Abdul Rahman telah bersedia, Bruce Lee pun dengan kepantasan serangan kakinya pun mula mengasak. Setelah beberapa serangan berjaya dielak, akhirnya Dato' Meor Abdul Rahman tiada pilihan lain melainkan bertindak balas dengan melepaskan satu pukulan tangan(Kipas Senandung) yang tepat mengenai rusuk Bruce Lee. Pukulan tangan Dato' Meor Abdul Rahman yang nyata berbisa telah menyebabkan Bruce Lee jatuh tersungkur dan menggelupur kesakitan. Kerana belas kasihan ke atas Bruce Lee, Dato' Meor Abdul Rahman pun menawarkan bisa pukulannya ke atas Bruce Lee menggunakan air yang didoakan dan disapu ke kawasan sakit tersebut.

Setelah Bruce Lee pulih daripada kesan pukulan Dato' Meor Abdul Rahman tersebut, akhirnya Bruce Lee dengan rendah diri, mengakui kehebatan Dato' Meor Abdul Rahman dan ilmu silat yang dimilikinya. Tidak lama selepas peristiwa pertarungan Bruce Lee dengan Dato' Meor Abdul Rahman ini, Bruce Lee dilaporkan telah meninggal dunia di Hong Kong akibat penyakit misteri.(Menurut Daniel Inosanto, murid kanan Bruce Lee, di hari-hari terakhir Bruce Lee sebelum beliau ditemui mati, Bruce Lee giat mengkaji tentang Seni Silat Melayu. Kini tugas Bruce Lee disambung oleh Daniel Inosanto, sebagai satu-satunya pewaris JKD yang ditauliahkan oleh Bruce Lee. Daniel Inosanto telah memasukkan Silat sebagai sebahagian daripada mata pelajaran Jeet Kune Do nya.)

Sumber: Melayuhot
~wa23r~

17 comments:

Sazmira Saiyed said...

salam...sy dh bce cte ni n my impression is sgt menakjubkn...xsgke kekuatan dato meor sebegitu hebat n ni dh menambahkn smngt sy utk trus brjuang dlm silat gayong ni...=)

wa23r said...

tu la....bangga jadi ank gayong ni..

Malaysia for all said...

foolamak, ni mmg bapak kepada segala mitos pasal arwah Bruce Lee ahhhh... mane dia bukti kukuh? sumber maklumat dari mane? kalu setakat buat cerita nak menjatuhkan maruah orang atau aliran seni beladiri lain utk tujuan syok sendiri je alah... sesiapa je pun boleh buat. cina pun bleh buat cerita kata silat kalah ngan kung fu, org thai boleh buat cerita kata silat dibaham muay boran, dll. kenapalah pesilat2 suka percaya pd cerita2 karut ni.

Malaysia for all said...
This comment has been removed by the author.
Malaysia for all said...

yg satu lagi, silat yang Dan Inosanto masukkan dlm silabus JKDnya ialah kali silat bukan silat melayu ataupun pencak silat indon ya... jadi takyah korang taksub sgt dengan mitos2 yg tdk berasas ni. pesilat2 ni mmg suka buat cerita bodoh2 nak mengagungkan silat tapi saat lawan cam bdk skolah gaduh je kkkkkk

Masanori Takahashi said...

Makhluk Allah yang bernama malaysia for all..kalo aku bca komen ko ni msa dlu,dh lama aku maki kau ckup2.nasib baik aku jumpe komen ko skrang.jdi aku gunakan bahasa lembut je.

aku nk kata ko nie bodoh,mmang bodoh juga la.kalau ko pn tak tau sejarah cite ni,jgnlah ko nak sesedap mulut makbapak ko sembur org sesuka hati.kalau ko nk curiosity tau sngt psal cerita ni,pergilah selidik org2 lma dlm silat gayong ni.jgn nk main smbur.masuk rumah org beradap sikit bro!!!

Unknown said...

malaysia for all jeles. Dia tak taw menahu pasal silat seni gayong. pasal dia tak belajar. tak payah selidik jauh2. aku rasa kau pergi la sana belajar silat. latihan yg hebat2 mat saleh buat lagi hebat latihan silat. baru latihan. belum pertempuran.. booooo org LOSER je ckp mcm to. NOOB!

Unknown said...

lagi 1. silat bukan sembarang2 seni pertahankan diri untuk kite buat gaduh sesuke hati. Org yg blajar silat bukan senang. Hati kene bersih, jiwa mestikental, niat kene suci. kalau takde pegangan diri maka hilang barakah, keberkatan. bukan bodoh2 seorang mahaguru nak mngajar anak murid yg takde pegangan diri. lebih2 pgangan Agama suci Agama Islam.

boss techikk said...

malaysia for all ni dah kenap? awk pikir awk bagus sgt nak judge org huh? budak ni buat cter sbb die tau cter tu..ngok..lain kali,pikir gne akal..bukan gne emosi..sengal! agak2 ea kalau nak cakap budak silat lawan mcm budak skolah gduh..meh turun gelanggang arh kalau bran sgt..ha'alah..stakat ckp kat blog,post comment, mmg arh brni..cbe dtg dpn2..hesishh..

Anonymous said...

Malaysia for all...silat melayu nie bukan calang2...satu dunia kenal dgn allahyarham...ko msih budak lgi ko xtaw pa pe...masa SHTI serang Melaka dulu guna senapang meriam tpi org Melayu guna silat je...tpi org Melayu boleh menang walaupun sekali je...dlm diri org Melayu nie ada satu kuasa batin yg bangsa lain tak ada...klu kau kata org silat nie gaduh mcm budak skolah sbnarnye kau silap...silat adalah ilmu MEMPERTAHAN DIRI bukan untk brgaduh...ko kne fham tu...klu kau kata citer nie xsahih skrg jugak ko bleh pgi Gurun, Kedah n brjmpe dgn Paduka Ayahanda Abdul Majid...beliau anak murid allahyarham yg pling kanan....klu ko kte silat gaduh mcm budak skolah ko bleh cuba "sparing" dgn cucu dia...aku nk tgk ape yg ko nk kata lpas tu...aku jamin 100% ko akan menangis mcm budak umur 2 tahun...tu pun klu ko brani pgi jmpe dia lha....lenkli sblom brcakap tlng lha pakai otak sikit jngn main cakap je...aku nk pesan kt ko satu je...klu kail panjang sejengkal, lautan dalam jngn diduga....TAK KAN MELAYU HILANG DI DUNIA...

Anonymous said...

Malaysia 4 all kalau kena tampar ngn pesilat bengkung hitam asas pon rasanya dah menangis ni

Anonymous said...

What a bunch of bullshit.This never happened

Unknown said...

Hidup dato meor, hidup silatt!!
One chop all die

nass said...

Bruce lee terer belakon je. Dia mana ada apa2 medal ke apa ke. Dato' Meor la power. Menentang penjajah di tanah Melayu. Diorg pakai senapang, dato meor tampor je.

AbuIzzad said...

Datuk meor sendiri kata yg dia x pernah berjumpa dgn bruce lee dan begitu juga dgn aktor dicky zulkarnain. Jgn lah ada yg cuba memandai2 tokok tambah cerita. Masing2 ada kelebihan tersendiri. Bruce lee pada masa itu sentiasa diikuti lensa camera, mustahil perkara yg sebegini berlaku tanpa diwar2kan. Org kita dgn bab mereka cerita mmg pakar.

budak seri gombak said...

mmg reka pon,padahal dia mati sbb jantung

Anonymous said...

Eh jangan nak malu kan anak gayong ek. Kami anak gayong ada maruah nak dipertahankanlah bruce lee tu yang gila kuasa sangat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...