HIMPUNAN WAJADIRI PLKU 2012



Himpunan Wajadiri PLKU dianjurkan oleh Persatuan Silat Seni Gayong German-Malaysian Institute (GMI), Persatuan Silat Seni Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) , Persatuan Silat Seni Gayong Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan kerjasama Kelab Silat Gayong PLKU dan Rela Gombak. Himpunan Wajadiri PLKU akan diadakan pada 24 & 25 Mac 2012 bersamaan 2 Jamadil Akhir 1433H.
Program ini bertujuan untuk meningkatkan motivasi para pesilat dengan penganjuran seminar.
Selain itu, ia juga bertujuan mengumpulkan beberapa persatuan silat lain untuk mengadakan demonstrasi silat secara bersama. Program yang berbentuk fizikal pula merupakan satu kaedah untuk kita  membentuk generasi muda yang mencintai aktiviti yang sihat.

OBJEKTIF
# Menyemarakkan program-program berkaitan belia
# Meningkatkan motivasi pesilat-pesilat di kalangan mahasiswa university dan pelajar, sekolah menengah dan     rendah.
# Menggalakkan hubungan silaturrahim di kalangan persatuan-persatuan silat.
# Mewujudkan platform untuk belia mencintai aktiviti yang sihat

JADUAL PROGRAM

HARI PERTAMA - SABTU  24 MAC 2012

9.30pg - 12.30tgh
 Program :  Seminar Silat :  Silat Membina Sahsiah & Jatidiri
Tempat : German-Malaysian Institute,Bangi (GMI)
Penceramah :
   a.    YBhg Datuk Ab. Rahim bin Md Noor - Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi
          Tajuk : "Mahasiswa Cemerlang Pencetus Transformasi negara"
   b.    Tuan Hj Shaharudin bin Abd Hamid - Pengarah Institut Kemahiran Mara
          Tajuk: "Membina Insan Berkualiti Cara Gayong"
   c.    Ustaz Abdullah bin Md Din -  Pengarah Bahagian Pendidikan Islam
          Tajuk : "Silat Memperkasa Jatidiri Bangsa"

Program : Bengkel Silat  : Membina Motivasi dan Keyakinan Diri
Tempat : Pusat Latihan Kajang Utama
Penceramah :   
         En Mior Azli bin Mior Md Isa - Penceramah Motivasi
         Tajuk : "Anda Dilahirkan Berjaya"

2.00ptg- 5.00ptg
Program : Teknik Beladiri 
Tempat : Pusat Latihan Kajang Utama

 6.30ptg- 8.00mlm
Program : Doa Selamat & Tahlil Arwah
Tempat : Pusat Latihan Kajang Utama

 8.30mlm-12.30mlm
Program : Majlis Perasmian & Demonstrasi Silat. 
Tempat : Padang Awam Seksyen 2,Taman Kajang Utama

HARI KEDUA - AHAD  25 MAC 2012

8.30pg- 12tgh
Program : Sendo PLKU
Tempat : Pusat Latihan Kajang Utama

 8.30pg- 12tgh
Program : Majlis Penutup.
Tempat : Padang Awam Seksyen 2,Taman Kajang Utama


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...