Liga IPT...

  • Eh,ade kaitan ke..........?
  • Mesti r,presiden kelab kot iaitu saudara Khairul Azzam Mazlan di antara yg terpilih utk wakil team UNITEN.Jadi ini membuktikan bahawa budak-budak silat PSSGM UNITEN nih tidak kurang hebatnya dlm acara sukan yang terdapat di UNITEN yg menjana professional ini.
  • Baru-baru ini mereka telah berlawan dgn salah satu pasukan yg kuat yg terdapat di dlm zon kumpulan mereka iaitu zon tengah satu.Pasukan tersebut ialah pasukan dr Politeknik Ungku Omar(PUO).
  • Sepandai-pandai tupai melompat,akhirnya jatuh ke tanah jua.Begitulah keadaannya dgn apa yg terjadi di antara UNITEN dan PUO.Kemenangan memihak kpd team UNITEN dgn mata jaringan sebanyak 2-1 dimana jaringan tersebut dijaringkan oleh saudara Ali dan saudara Rafi walaupun perlawanan itu berlangsung dgn sengit sekali seperti yg digambarkan oleh kawan saya iaitu saudara Atiq yg merupakan salah seorang pemain bg team UNITEN juga.
  • Seterusnya,mereka akan berlawan dgn pasukan dr UPM yang akan dijalankan pd 7 Jun ini dan ini merupakan perlawanan mereka yg ke-10 dan terakhir bg sesi saringan ini.
  • Kita doakan agar pasukan mereka akan merangkul kejayaan bg setiap perlawanan sehinggalah menjulang trofi final nanti.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...