Hari Keluarga PSSGM UNITEN.

Pada 22 Januari 2011 iaitu hari Sabtu yang lalu telah berlangsungnya 'Hari Keluarga' PSSGM Uniten buat pertama kalinya bagi tahun 2011 ini.Majlis ini telah dirancang pada tahun lepas lagi oleh majlis tertinggi dan ahli jawatankuasa PSSGM Uniten.Seterusnya,majlis ini dibincangkan di Mesyuarat Agong PLKU pada 2 Januari yang lalu bagi memastikan tiada majlis yang diadakan pada hari yang sama oleh PSSGM dari universiti yang lain.Hari keluarga ini telah dihadiri oleh beberapa buah universiti seperti Kolej Lagenda,UKM,GMI,IPIK dan tidak terkecuali dari PLKU juga.Majlis ini bermula dari pukul 7 pagi dimana para peserta mendaftarkan diri mereka pada urusetia.Pada pukul 7.30 pagi,para peserta menjamah sarapan yang disediakan oleh pihak PSSGM Uniten dan taklimat berkenaan acara yang diadakan diberitahu oleh ahli jawatankuasa yang menguruskan acara-acara tersebut pada waktu itu.Tepat pukul 8 pagi,sesi memanaskan badan diadakan yang diketuai oleh saudara Wan Haswazer dan selepas itu,acara seperti futsal padang,tuju tin dan kota buta dimulakan serentak bagi menjimatkan masa.Bagi acara futsal padang,sebanyak 8 pasukan telah mengambil bahagian dimana Uniten dan PLKU telah menghantar 2 pasukan dan Kolej Lagenda,UKM,GMI dan IPIK masing-masing menghantar 1 pasukan.Kesemua perlawanan berlangsung dengan sengit namun adat permainan,ada pasukan yang menang dan ada pasukan yang kalah dimana pasukan Uniten 2,IPIK,Kolej Lagenda dan PLKU 1 telah melayakkan diri mereka ke separuh akhir.Di separuh akhir,pasukan Uniten 2 telah bertemu dengan pasukan dari Kolej Lagenda manakala pasukan IPIK telah bertemu dengan pasukan dari PLKU 1.Bagi perlawanan diantara Uniten 2 menentang Kolej Lagenda,kemenangan hanya ditentukan oleh sepakan penalti dimana kemenangan tersebut berpihak kepada pasukan Kolej Lagenda setelah kedua-dua pasukan gagal mendapatkan mata gol kerana kedua-dua pasukan sama hebat.Bagi perlawanan diantara IPIK menentang PLKU 1 pula,kemenangan berpihak kepada pasukan dari IPIK.Di peringkat akhir,pasukan dari IPIK telah diratah oleh pasukan dari Kolej Lagenda yang terlalu kuat untuk ditandingi oleh mereka dan kemenangan besar berpihak kepada pasukan dari Kolej Lagenda.Bagi acara tuju tin,sebanyak 6 pasukan telah mengambil bahagian iaitu Uniten,PLKU,GMI,UKM,Kolej Lagenda dan 1 pasukan 'orang kampung'.Kemenangan bagi tempat ke-2 untuk acara ini telah dimenangi oleh pasukan dari GMI dan bagi tempat pertama telah dimenangi oleh pasukan dari UKM.Bagi acara kota buta pula,acara ini merupakan acara terbuka dimana sesiapa pon boleh memasuki acara ini.Selepas ketiga-tiga acara tersebut habis,acara kemuncaknya iaitu acara tarik tali diadakan yang disertai oleh kesemua gelanggang silat yang hadir.Pada perlawanan pertama,PLKU menentang UKM dimana kemenangan berpihak kepada UKM.Perlawanan kedua pula iaitu Uniten menentang Kolej Lagenda dan kemenangan jatuh kepada Uniten manakala perlawanan ketiga,IPIK menentang GMI dimana IPIK dengan mudahnya menumbangkan GMI.Di separuh akhir,Uniten telah tersingkir dari senarai setelah mengharungi perlawanan yang sengit menentang IPIK dan UKM dimana IPIK dan UKM melayakkan diri mereka ke peringkat akhir.Di peringkat akhir,UKM yang dibarisi oleh peserta-peserta yang gagah tetap tidak mampu menandingi IPIK yang pada dasarnya diwakili oleh peserta campuran dari gelanggang yang lain dan tempat pertama dimenangi oleh IPIK dan tempat kedua jatuh kepada UKM.Tepat pukul 12.30 tengah hari,acara penyampaian hadiah diadakan dimana para pemenang diberikan hadiah dan para jurulatih diberikan cenderamata sebagai kenangan.Pada pukul 1 tengah hari,majlis pon tamat dan para peserta bersurai.

p.s Terima kasih yang tak terhingga kepada semua pihak yang terlibat.....




































No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...