Demo Open Day Uniten

Tarikh : 21 Mac 2010
Tempat : Coit, Uniten

Seperti tahun-tahun sebelum, Uniten akan mengadakan Uniten open day khas untuk pelajar-pelajar lepasan SPM & diploma untuk mengenali Uniten dengan lebih dekat lagi. Sekali lagi anak gayong uniten diberi peluang untuk membuat persembahan bagi memeriahkan lagi open day Uniten pada tahun ini. Walaupun penglibatan anak-anak Gayong Uniten pada tahun ini tidak seramai pada tahun yang lalu kerana peperiksaan akhir terlalu hampir, tapi kami tetap memberi impak yang besar dan membuka mata semua pengunjung pada hari itu.

Dimulakan dengan persembahan Mayang mengurai daripada Ira, Elly & Lin


Persembahan seterusnya ialah combat daripada Muhammad, Yusof & Hilal.


Persembahan senjata dimulakan dengan tempur sembat antara Ira & Lin


Tempur sembat diteruskan oleh Hilal & Yusof


Permainan Pisau (Asas gerakan pisau) Muhammad & Elly

Persembahan Senjata diteruskan dengan tempur keris antara Wazer & Azizi

Persembahan diakhiri dengan persembahan Bunga Tanjung


[Video Open Day 2010]


Terima kasih diucapkan kepada semua anak-anak Gayong yang berjiwa pahlawan dalam menjayakan persembahan openday pada kali ini. Awassss Gayong!!! Zhat!!!!
p/s: Terima kasih juga kepada juru gambar Firdaus & Munirah

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...