Dato' Onn Jaafar Dan Gayong



Dato' Onn bin Jaafar

Dalam tahun 1959, Meor Abdul Rahman bertemu dengan Allahyarham Dato’ Onn Jaafar di Alexandra,Singapura. Sebelum daripada itu, Meor Abdul Rahman telah mendapat isyarat daripada bapanya, Daing Uda Mohd.Hashim menyuruh Meor Abdul Rahman mencari seorang murid yang tua, yang keningnya telah putih. Menurut Daing Uda Mohd.Hashim yang sedang "keturun tok nenek"(diresapi semangat ghaib pahlawan dahulu kala/didatangi rohaniah nenek moyang) ketika itu, orang itulah yang boleh merebakkan Gayong. Orang tersebut tinggal di seberang Tambak Johor. Sejak dari itu, Meor Abdul Rahman mula mencari orang yang dimaksudkan. Pada masa yang sama Dato' Onn juga mendapat firasat untuk mencari Meor Abdul Rahman. Dalam pertemuan tersebut, Dato' Onn telah berkata,

"Jika betul awak keturunan Raja Bugis, cuba tukarkan bunga melur ini kepada benda lain..."


Meor Abdul Rahman pun membaca sepotong doa lalu dihembuskan kepada bunga melur tersebut. Dengan takdir Allah, bunga tersebut telah bertukar menjadi batu akik. Dato’ Onn pun melamar untuk menjadi murid Gayong dan lamarannya telah diterima oleh Meor Abdul Rahman. Atas nasihat dan usaha Dato’ Onn, Silat Seni Gayong pun didaftarkan di Johor Bahru dan dikenali sebagai Pertubuhan Silat Seni Gayong (No. Pendaftaran 361/tahun 1962, Johor Bahru). Dato’ Onn dilantik sebagai Penasihat dan beliau sendiri menjadi Pengerusi. Dengan terdaftarnya Silat Seni Gayong, maka aktivitinya dapat dijalankan dengan lebih bersistematik dan efektif. Dari Singapura, Silat Seni Gayong telah bertapak di Johor. Di Johor Bahru, terletak pejabat Gayong iaitu di Jalan Yahya Awal, iaitu di rumah Cikgu Ibrahim. Ahli jawatan kuasa pusat ketika itu terdiri daripada Cikgu Ibrahim, Hajjah Asmah, Cikgu Kadir(ayahanda Cikgu Abd.Rahman) dan beberapa orang ahli jawatankuasa yang lain. Gelanggang latihan silat yang terawal di Johor ialah di Jalan Puteri, iaitu di kediaman Dato' Onn Jaafar. Antara murid-murid Gayong Johor yang awal ialah anak-anak Dato' Onn sendiri iaitu antaranya, Fuzi(berkahwin dengan Jeneral Ghazali Mohd.Seth) dan Tun Hussein Onn sendiri(Perdana Menteri Malaysia yang Ketiga).


Dato' Meor Rahman bersama Dato' Onn bin Jaafar

Dalam tahun 1961, Meor Abdul Rahman bersara dari jawatan sebagai mata-mata gelap dan terus menceburkan dirinya dalam perniagaan. Segala aktiviti Gayong beliau jalankan di tempat kediamannya di Lorong Fatimah, Woodlands, Singapura. Pada sekitar tahun 1960, Mahaguru Meor Abdul Rahman telah bertemu dengan Pendita Za'ba di Singapura. Pendita Za'ba adalah berketurunan Bugis. Beliau telah diminta oleh Mahaguru Meor Abdul Rahman untuk melukis lambang Gayong iaitu yang terdiri daripada gambar seekor naga, sempena peristiwa kelahiran beliau yang berkembarkan seekor ular yang telah bertukar menjadi naga. Dengan bantuan Cikgu Nor Aidil, sijil Gayong yang berasaskan lambang naga satu ini kemudian direka bentuk.

Sumber : silatgayong.org

Sejarah Gayong Uniten



Sejarah Gayong Uniten:

* Gayong di uniten diasaskan oleh CIkgu Md Shaiful b Md Shariff pada tahun 1996.

*Murid pada masa itu sekitar 10 orang. Antara murid yang masih aktif sehingga ke hari ini adalah En AidIl b Zainal Abidin, Pensyarah di UNITEN.

* Cikgu Aqtar mula belajar Silat di UNITEN pada July 1997 bersama 30 orang rakan. Guru beliau pada masa itu adalah Cikgu Md Shaiful. Sehingga kini, hanya beliau seorang sahaja yang masih aktif mengembangkan silat Gayong.

* Beliau mewarisi gelanggang UNITEN dari Cikgu Shaiful apabila beliau bertugas di Mexico pada 2001. Sehingga kini, Gayong Uniten telah berkembang dan berjaya melahirkan ramai ' Profesional yang bersilat'.

Dato' Meor Abdul Rahman vs Bruce Lee

Bruce Lee Pernah Tewas Dengan Mahaguru Silat Gayong ?

Jika selama ini ramai yg mengatakan bahawa kematian Bruce Lee kerana pertempuran dgn aktor Dicky Zulkarnain..mungkin ini adalah perkara sebenar yg berlaku kepada Bruce Lee.

Dato' Meor Abdul Rahman


Bruce Lee

Bruce Lee merupakan lagenda dalam dunia seni beladiri. Kalau tak kerana jasa2 Bruce Lee, orang putih tak reti nak berkungfu. Boleh dikatakan, Bruce Lee adalah orang yang memperkenalkan kung fu di Hollywood.Pada zaman kegemilangannya, Bruce Lee masih muda. Umur awal 30 tahun.

Beliau belajar daripada semua orang dan sanggup mengajar kepada semua orang. Ini adalah revolusi pada masa itu kerana kesemua mahaguru kungfu hanya mengajar ilmu kungfu kepada orang Cina sahaja, tidak kepada bangsa asing terutama orang2 putih.Bruce Lee ni mencipta sistem tempur bernama Jeet Kun Do, yang mana adalah falsafah beladiri yang bebas menggunakan apa sahaja teknik. Just take whatever useful & good to you. Kira macam kungfu rojak leer. janji boleh menang.

Dalam keghairahan inilah, Bruce Lee mencabar mana2 sahaja mahaguru yang hebat2 pada masa itu untuk test power. BrIuce Lee memang hebat... beg pasir boleh pecah sekali sepak sahaja. Bruce Lee suka cabar orang lain yang hebat2.Antaranya ialah Mahaguru Silat gayong malaysia, Dato Meor Abd. Rahman.

Pada tahun 1973, Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman telah keluar negara untuk melawat saudaranya yang menetap di England. Pemergian beliau ditemani oleh Dato' Syed Ahmad Jamalullail, seorang saudaranya. Dalam perjalanan pulang ke tanahair, pesawat yang mereka naiki telah singgah sebentar di lapangan terbang di Hong Kong. Ketika menunggu penerbangan berikutnya, beliau telah disapa oleh Bruce Lee, pakar Kung Fu dan seni beladiri Jeet Kune Do. Bruce Lee telah mendapat tahu bahawa Mahaguru Silat Seni Gayong, Meor Abdul Rahman telah berada di Hong Kong.

Setelah memperkenalkan dirinya sebagai Bruce Lee, si Raja Kung Fu, Bruce Lee telah mencabar Dato' Meor Abdul Rahman agar bertarung dengannya. Beliau ingin melihat sejauh mana hebatnya seni mempertahankan diri milik orang Melayu yang dinamakan silat itu. Bruce Lee dengan angkuhnya berkata jika Meor Abdul Rahman menang dalam pertarungan itu, silat Meor Abdul Rahman adalah yang terbaik, TETAPI jika Bruce Lee pula yang memenangi perlawanan itu, Seni Jeet Kune Do ciptaannya adalah yang terbaik di dunia. Kehebatan Dato' Meor Abdul Rahman rupa-rupanya telah sampai ke pengetahuan Bruce Lee.

Sebelum daripada itu, pada tahun 1972, serombongan pakar-pakar Kung Fu Hong Kong telah datang ke Malaysia untuk mencari tokoh-tokoh seni beladiri yang dapat bertarung dengan Bruce Lee. Rombongan pakar Kung Fu ini telah berjumpa dengan Dato' Meor Abdul Rahman di Taiping. Dalam pertemuan tersebut, mereka telah mencabar Dato' Meor Abdul Rahman untuk menunjukkan kebolehan beliau. Dato' Meor Abdul Rahman telah menangkap serta mengunci kesemua enam orang ahli-ahli Kung Fu tersebut. Kemudian, Dato' Meor telah menyuruh ahli-ahli Kung Fu tersebut bertemu dengan murid kanannya pula iaitu Cikgu Ahmad bin Lazim.


Memandangkan Bruce Lee masih muda dan mentah, Dato' Meor Abdul Rahman telah menasihati Bruce Lee agar melupakan sahaja niatnya hendak mencuba beliau. Namun, Bruce Lee tetap berdegil juga. Oleh kerana Bruce Lee terus mendesak, maka Dato' Meor Abdul Rahman akhirnya menyahut juga cabaran daripada Bruce Lee tersebut. Untuk mengelakkan keadaan daripada menjadi gempar, Bruce Lee dan Dato' Meor Abdul Rahman dengan ditemani oleh beberapa orang menuju masuk ke dalam bilik tetamu di lapangan terbang tersebut.

Sebaik sahaja melihat Dato' Meor Abdul Rahman telah bersedia, Bruce Lee pun dengan kepantasan serangan kakinya pun mula mengasak. Setelah beberapa serangan berjaya dielak, akhirnya Dato' Meor Abdul Rahman tiada pilihan lain melainkan bertindak balas dengan melepaskan satu pukulan tangan(Kipas Senandung) yang tepat mengenai rusuk Bruce Lee. Pukulan tangan Dato' Meor Abdul Rahman yang nyata berbisa telah menyebabkan Bruce Lee jatuh tersungkur dan menggelupur kesakitan. Kerana belas kasihan ke atas Bruce Lee, Dato' Meor Abdul Rahman pun menawarkan bisa pukulannya ke atas Bruce Lee menggunakan air yang didoakan dan disapu ke kawasan sakit tersebut.

Setelah Bruce Lee pulih daripada kesan pukulan Dato' Meor Abdul Rahman tersebut, akhirnya Bruce Lee dengan rendah diri, mengakui kehebatan Dato' Meor Abdul Rahman dan ilmu silat yang dimilikinya. Tidak lama selepas peristiwa pertarungan Bruce Lee dengan Dato' Meor Abdul Rahman ini, Bruce Lee dilaporkan telah meninggal dunia di Hong Kong akibat penyakit misteri.(Menurut Daniel Inosanto, murid kanan Bruce Lee, di hari-hari terakhir Bruce Lee sebelum beliau ditemui mati, Bruce Lee giat mengkaji tentang Seni Silat Melayu. Kini tugas Bruce Lee disambung oleh Daniel Inosanto, sebagai satu-satunya pewaris JKD yang ditauliahkan oleh Bruce Lee. Daniel Inosanto telah memasukkan Silat sebagai sebahagian daripada mata pelajaran Jeet Kune Do nya.)

Sumber: Melayuhot
~wa23r~

Selamat Tahun Baru 2010


Kami Pertubuhan Silat Seni Gayong Uniten ingin mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2010 kepada semua rakyat Malaysia. Dan kepada ahli-ahli Gayong Uniten, harap dapat memantapkan lagi ilmu persilatan kita, meninggikan darjat diri dalam bidang akademik, mengukuhkan lagi ukhwah sesama kita, memanjangkan lagi akal yang di anugerahkan oleh Allah s.w.t, sihat tubuh badan dan memberi ketengan dalam setiap dugaan yang menimpa. Semoga tahun baru ini memberi suntikan semangat baru kepada anda semua..awas Gayong!!!Zhaaat!!!


Pertubuhan Silat Seni Gayong Uniten want to greet the new year 2010 to all Malaysians. And to members of Gayong Uniten, hope to strengthen further our silat knowledge, succeed in academic, strengthen our fellow ukhwah, extending further in the sense that bestowed by Allah, healthy body and given peace of life . Hopefully this new year give a new spirit to all of you.. awas Gayong! Zhaaat!

~wa23r~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...