Bengkong Pelajaran Silat Seni Gayong Malaysia



Tujuan penggunaan bengkong dalam Silat Seni Gayong Malaysia adalah untuk mengklasifikasikan tahap pencapaian seseorang pelajar/pesilat mengikut peringkat-peringkat pelajaran yang telah disusun dengan begitu rapi dalam silibus standard mata pelajaran Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia.

Sebagai contohnya, pelajar/pesilat baru Silat Seni Gayong Malaysia akan bermula dengan memakai pakaian seragam silat lengkap dengan talipinggang/bengkong berwarna Hitam Kosong (tidak berchula). Untuk layak memakai bengkong Awan Putih pula, seseorang pelajar/pesilat itu haruslah telah mahir dan lulus:

  1. Ujian Lisan/Bertulis tentang Sejarah dan Maklumat Asas PSSGM
  2. Asas Gerakan 1 hingga 6
  3. Golongan 10
  4. Elakan (1-7)
  5. Kunci (1-7)
  6. Asas Lompatan (Tenggiling)

Setiap pelajar/pesilat Silat Seni Gayong Malaysia wajib melalui/lulus ujian sebelum diiktiraf naik ke peringkat pelajaran yang seterusnya dan dianugerahkan bengkong rasmi berwarna PSSGM mengikut ujian kenaikan taraf bengkong yang diambil.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...